Monday, July 27, 2009

Hari Ahad- gtu2 juga :P

Huh..jam 2.32 am sudah...Hehehe...Br saja siap buat asgment ba ni. Hari Selasa nanti mau hantar. Adeh rasa lapar pula ni. Anyway, lama suda nda post something sini kan. Sunyi saja bandar Penang kalo jam begini. Syok pula saya tinguk pemandangan dari katil saya ni. Cuma ada lampu-lampu yang menyinari pulau ni :) Malam owh malam yang sungguh damai sekali. Roomate saya tidur sudah. Mata saya ni saja yang masih segar bugar kunun. Dah melepasi waktu tidur mana la mau tidur lagi. Owh...br teringat, besok mau kena ambil Cangred kat DUP pula. Nasib baik esok kelas kol 9 pg. Hehehe...Entah apa lagi yang saya fikir ni. Terlalu banyak benda mau di fikir. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dunia dan akhirat. Lol apa pula suda masuk hal akhirat ni. Merepek sudah saya. Ermm...Entah mengapa tadi sewaktu kebaktian, saya seperti terbangun dari satu mimpi~ Lama sudah saya ni terlena dalam dunia mimpi agaknya. Rasanya masih banyak kelemahan dalam diri yang saya tidak sedar selama ini. Walaupun pada hakikatnya saya cuba untuk terus maju bersama Tuhan, namun perjalanan untuk mencari Wajah Tuhan itu masih jauh lagi rupanya. Selama ini saya merasakan apa yang saya lakukan agak mencukupi namun tadi pagi baru saya sedar, jauh lagi semuanya ini. Baru saya sedar bahawa untuk memandang wajah Tuhan bukan satu yang sukar tetapi akan menjadi susah dan tidak terjangkau jika saya membiarkan diri saya terus hanyut. Syukur kerana sepertinya ada sesuatu yang menyedarkan saya :) dan saya percaya itu adalah daripada Bapa sendiri. Kadang kala mungkin kita sengaja membiarkan diri kita hanyut dan leka dengan semua permasalahan di sekeliling kita, namun perlu kita ingat bahawa segala permasalahan yang kita alami itu sangat kecil jika dibandingkan dengan keagungan Allah kita. Jadi, jika anda berasa anda terlalu jauh daripadaNya, cuba, cuba untuk ambil masa yang sesuai dan biarkan diri anda berada di hadiratNya seketika :) pasti anda akan mendapat jawapan daripada, bukan sekadar jawapan tetapi ketenangan yang anda inginkan selama ini. Tuhan tidak pernah memungkiri janji, tetapi manusia yang sentiasa berjanji dan jarang sekali untuk menepatinya. So, let us return :). GBU~

2 comments:

Edenk said...

kat penang upanya..

Wilder said...

yup sis...d penang :)