Wednesday, July 15, 2009

Mengingati

Ahm...Sering kali kita cuba untuk melupakan semua masa lalu kita yang kita rasa memberi kesan atau trauma dalam kehidupan kita kan... :) Beberapa hari ini, saya sempat berbual dengan seorang rakan saya... :) saja2 bertanya khabar setelah lama tidak mendengar berita dari dia...Ternyata, memang mengejutkan kerana memang banyak perubahan yang ada pada dia...Bila diingatkan kembali, pada masa lampaunya rakan saya ini merupakan seorang yang banyak masalah...Dia sendiri mengakui bahawa semua yang dia lakukan pada masa lampaunya memang telah banyak menyusahkan dia...dan memberi kesan kepada hidup dia. Dia ckp kan, kalau diimbas kembali memang perbuatan lepas tu smua perbuatan bodoh...Tapi syukur, saya bersyukur kerana rakan saya ini mengambil langkah yang bijak bila dia berusaha untuk mengubah kehidupannya kepada satu dimensi yang lebih baik...Dia berusaha untuk mengikuti kaunseling dan mengubah cara hidupnya dulu...Nah, hasilnya sekarang jauh berbeza kerana sekarang hidup dia menjadi lebih bermakna jika dibandingkan dengan dulu....Adakalanya, kita perlu melihat kepada masa lampau kita untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan...Jangan jadikan masa lampau kita sebagai satu batu yang besar dan menghalang kita dari menjalani kehidupan yang lebih baik..Apa pun yang kita lakukan, teruskan berdoa dan minta petunjuk daripada Bapa kita :) kerana Allah itu baik dan sentiasa mendengar doa kita, Amen. Setiap apa yang Tuhan rancangkan utk kita mesti ada sesuatu di sebaliknya..Saya percaya setiap apa yang Tuhan rancangkan utk kita adalah sesuatu yang dia telah sediakan dan pastikan bahawa itu yang terbaik utk kita...Jadi, biarkan Tuhan terus bekerja dalam kehidupan kita...

No comments: