Tuesday, March 23, 2010

Selama kuhidup...

"Tak terbatas kuasaMu Tuhan...Semua dapat Kau lakukan...Apa yang kelihatan mustahil bagiku, itu sangat mungkin bagiMu..." Mungkin ramai yang pernah mendengar lagu tersebut. Saya percaya, ramai di antara kita mengalami pergumulan, permasalahan peribadi. Sering kali kita mengandarkan kekuatan diri kita untuk meneruskan kehidupan kita sehingga ada kalanya apabila kita mengalami suatu permasalahan dan pergumulan yang besar kita akan merasa sangat kecewa kerana kita berasa diri kita sungguh lemah dan tidak berdaya.

Seringkali juga kita menyatakan bahawa diri kita percaya kepada Tuhan, namun apabila mengalami sedikit ujian, dengan mudahnya kita akan mempersoalkan di mana Dia dan mengapa Dia tidak membantu kita. Tetapi adakah kita sedar bahawa kita terlalu ego dan terlalu mengandarkan kekuatan diri kita sendiri sehingga kita lupa bahawa kuasa Bapa melebihi segalanya. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita belajar merendah diri...Belajar untuk mengandarkan Tuhan. Kerana saya percaya bahawa Tuhan itu sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bagi yang rapat dengan saya, mungkin ramai yang sering bertanya kenapa saya selalu tenang walaupun saya ada banyak masalah. Mungkin ramai yang mengatakan bahawa saya tidak punya perasaan. Siapa ya di dunia ni yang tidak punya perasaan. Untuk pengetahuan kalian, saya juga manusia biasa yang punya perasaan. Cuma di saat saya berhadapan dengan segala permasalahan mahupun pergumulan dalam hidup saya, saya punya satu pegangan. Pegangan yang sentiasa saya sematkan dalam hati dan fikiran saya :) bahawa Tuhan itu sentiasa campur tangan dalam kehidupan saya dan dia tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Sebab itu saya tidak pernah berasa risau kerana saya tahu Tuhan sentiasa menyertai saya. Yang pasti saya percayakan campurtangan Tuhan dalam hidup saya. Ya saudara, Kuasa Tuhan itu melebihi segalanya, jadi apa yang perlu kita risaukan selagi kita mempercayaiNya.

Ternyata di saat kita menyerahkan diri, merendahkan diri dan belajar untuk mengandarkan Tuhan, kita akan dapat merasakan betapa besarnya kasih Tuhan itu. Apa yang mustahil bagi kita semuanya mungkin bagi Tuhan. Tiada satupun yang mustahil bagi Tuhan. Percayalah dan belajarlah untuk merendahkan diri dan bersandar pada Tuhan kerana jika kita bersandar pada diri kita sendiri terlalu mudah untuk kita jatuh... Selama kita percaya dan beriman kepada Tuhan, tidak mudah untuk kita jatuh kerana Tuhan yang sentiasa memegang tangan kita, Amen!

Dan, sesungguhnya seperti hari2 sebelum ini, :) saya katakan Tuhan itu sentiasa campur tangan dalam hidup saya, dan hari ini Tuhan dengan kasihNya tetap setia bersama2 dengan saya. Terima kasih Bapaku, Engkau yang sentiasa tahu akan keperluan anakMu. Syukur dan Puji Tuhan!

Mat 11:28- "28Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu."

No comments: