Saturday, May 22, 2010

Faith

Untuk 2 minggu ini, saya dan team saya bekerja kuat untuk beberapa aktiviti gereja. Dan semestinya kemuncak kepada aktiviti kami ialah Pentas Pujian dan Penyembahan yang akan diadakan esok. Mungkin ada kalanya semua berasa sungguh letih dan tertekan, tetapi saya kagum sekali dengan semangat yang ditunjukkan oleh setiap muda mudi yang ada dalam kumpulan saya. Walaupun bilangan kami hanya sedikit namun semangat yang ditunjukkan itu sudah cukup untuk menunjukkan kesungguhan setiap ahli yang terlibat dengan kegiatan yang kami lakukan. Dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana menjadikan mereka sebagai perintis bagi muda mudi di sidang kami untuk bangkit dan terus maju melayani Tuhan. Walaupun pada pandangan fizikal, kami sememangnya banyak sekali kekurangan apatah lagi dengan keadaan kemudahan di gereja yang sememangnya banyak ketinggalan jika dibandingkan dengan sidang lain. Tapi jauh sekali di sudut hati saya, saya percaya bahawa semangat dan kerendahan hati yang ditunjukkan mereka dalam melayani Tuhan itu membuatkan segalanya cukup sempurna walaupun dalam kekurangan. Kekurangan itulah yang membuatkan setiap kami mempunyai satu azam untuk terus percaya dan bersungguh-sungguh dalam melayani Tuhan. Terima kasi Bapa, kerana mengajar kami untuk sentiasa bersyukur dan merendahkan diri di hadapan Mu. Sesungguh tanpa bimbingan dan pimpinan Tuhan mungkin kami tidak akan berdiri sejauh ini pada masa ini. Thanks Lord!
P/s: Sorry lama sudah tidak update blog :) promise I'll update my blog.

No comments: