Tuesday, June 8, 2010

Kasih



Sering kali kita bermain dengan perkataan “KASIH”. Disedari atau tidak banyak di antara kita yang menggunakan perkataan itu untuk menyembunyikan kebenaran. Kerana KASIH kita melukakan yang lain, kerana KASIH kita sanggup mengenepikan perasaan orang tua dan sering kali kerana kasih kita melukakan diri kita sendiri. Sejauh mana kita memahami apa yang dikatakan KASIH ? Anda atau saya… adakah kita benar2 memahami apa yang dikatakan KASIH. Apa yang membuatkan saya tergerak untuk berbincang mengenai KASIH pada saat ini? Sering kali saya melihat sesetengah orang mengepos status yang berkenaan dengan kASIH di Facebook. Adakalanya sungguh menarik dan membuatkan hati terpesona dengan status tersebut. Sehinggakan kelihatan bagai baru bercinta dan cinta tersebut kelihatannya sentiasa mekar setiap hari. Dan kemudiannya orang yang sama juga mengeluarkan status berkenan dengan kasih tapi pada kali ini berbeza pula sehingga menyumpah2 mati orang yang dia baru sebentar tadi dia katakan dia cinta dan kasihi. Bukan sekali dua saja saya melihat status dan perkara ini terjadi, boleh katakan hampir setiap hari. Kadang2 saya bertanya pada diri sendiri adakah orang seperti ini betul2 memahami erti kasih dan cinta seperti mana statusnya yang berbunga2 bak musim bunga yang mengeluarkan bunga2 cantik dan berwarna warni itu? Kalau sekejap kata kasih kemudian tak sampai lima minit menyumpah2 mati… saya tidak pasti kalau itu yang dikatakan KASIH. Mungkin pada pandangan individu tersebut, itu yang dinamakan kasih @ Cinta, tapi pada pandangan saya individu ini langsung tidak matang malah jauh sekali untuk memahami apa yang dikatakan KASIH. KASIH tidak kira untuk keluarga, untuk pasangan atau sahabat kita bahkan orang lain yang kita kenal tidak memerlukan kita mengeluarkan kata2 yang “berbunga2” untuk kita eksperesikan pada orang tersebut. Apa yang penting ialah bagaimana kita menunjukkan perasaan tersebut. Dan jika benar2 kita menyayangi @ mengasihi orang lain kita tidak akan sanggup menyumpah2 orang tersebut hingga mati. Lol** anda sanggup ke nak menyumpah pasangan anda mati @ sahabat, keluarga @kenalan anda mati. No, don’t do it! Anda tahu kadang2 walaupun apa yang kita katakan itu kelihatan remeh, Tuhan boleh menunaikannya pada bila2 masa. Jangan sampai Tuhan menunaikan PERMINTAAN tidak bernas anda tersebut gara2 tidak berfikir@ terburu2! Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu.”

No comments: