Friday, July 2, 2010

After 4 years...

Setelah 4 tahun menghabiskan masa di PP, akhirnya saya kini mampu tersenyum apabila menyemak acc@healthycampus. Status saya sekarang BERIJAZAH dan taraf akademik pula Ijazah Kepujian. Thanks God. Sesungguhnya Tuhan begitu baik sekali kerana membuka jalan bagi saya sehingga saya mampu berada pada tahap ini. Satu yang sangat menggembirakan apabila melihat pointer dan gred yang saya perolehi pada sem ini. PNG saya 4, yeah syukur kerana paper saya untuk sem ini, saya mendapat GRED A. Melihat semula tarikh konvo, rasanya macam tidak percaya pula apabila tarikh konvo tu tinggal 1 bulan lagi. Apa yang saya rasa sungguh sukar untuk saya luahkan dengan kata2. Cukuplah dengan semua kejayaan saya, saya hadiahkan semua ini kepada orang tua saya yang begitu banyak memberi perangsang kepada saya. That is my present for my parents. Selama 4 tahun belajar, saya menjadi seorang individu yang semakin matang dan menghargai setiap detik yang ada dalam hidup saya. Puji Tuhan kerana memberikan saya kekuatan selama saya berada di tempat orang... I'm glad that God always with me. :)

No comments: