Saturday, July 16, 2011

Kem ISCF Kapit, Julai 2011

Thanks Lord, so far Kem ISCF berjalan dengan lancar. Sepanjang Kem Iscf dijalankan terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Baik dari firman Tuhan mahupun semua yang berlaku sepanjang kem tersebut. Penglibatan saya kali ke-2 dalam kem ISCF di Kapit kali ini sungguh memberi banyak makna. Ya, sudah tentu saya mengenali lebih ramai orang dan sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya untuk mengenali lebih rapat orang yang tidak saya kenali selama ini.

Anyway, yang lebih menyeronokkan melihat ramai pelajar yang terlibat. Pelajar yang tidak pernah terlibat selama ini tiba-tiba terbuka hati untuk turut serta. Hopefully, semua anak-anak muda yang mengikuti kem ini dapat menemukan erti sebenar mereka mengikuti kem ini. Bukan sahaja setakat menambahkan ilmu tetapi yang paling penting agar anak-anak muda yang terlibat dapat mengenali Tuhan dengan lebih intim. Belajar takut dan sentiasa hormat kepada Tuhan, belajar untuk berjalan dengan Tuhan. Semuanya memerlukan pengorbanan dan komitmen besar dari kita, tapi yang pasti jika kita membuka hati kita untuk Tuhan, tiada apa yang mustahil.

Segala pujian, hormat dan syukur hanya untuk Tuhan. Saya pasti, jika tanpa Tuhan, semua aktiviti sepanjang kem Iscf ini tidak akan berjalan dengan lancar. Hanya dengan campur tangan Tuhan barulah semuanya berjalan dengan lancar. Thanks Lord kerana telah campur tangan dalam semua aktiviti baik dari mula, pertengahan dan akhir aktiviti. Haleluyah!

No comments: