Sunday, July 22, 2012

Janganlah Patah Hati

Belajar daripada seorang gadis muda yang telah menunjukkan kepada saya betapa pentingnya untuk menghargai setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Beberapa hari lepas berjumpa dengan gadis ini dan melihat dia menangis membuatkan saya turut berasa sedih. Menangis kerana sesuatu telah terjadi dan mungkin mengakibatkan dia mendapat masalah. Tiba-tiba saja saya bersyukur kerana memanggil mereka untuk berkumpul berdoa bersama-sama petang tersebut.Tuhan telah menjadikan persekutuan kami sebagai suatu medium untuk kami saling meluahkan perasaan dan saling menyokong antara satu sama lain. Setelah berbincang dan berkongsi beberapa perkara saya dapat melihat betapa gadis muda ini mulai ceria dan kelihatannya masalah yang dia alami tidak memberi apa-apa kesan kepadanya. Sebagai salah seorang penasihat kepada anak-anak muda ini, saya begitu tersentuh kerana selama ini betapa mereka begitu memerlukan seseorang untuk meluahkan masalah mereka dan begitu banyak yang mereka hendak ceritakan. Syukur, Tuhan telah menggerakkan hati saya untuk memanggil mereka pada petang itu dan mengajar mereka berdoa serta berkongsi apa yang perlu dilakukan bila menghadapi permasalahan. Doa, doa, doa dan kepercayaan sepenuhnya terhadap Tuhan. Perkongsian dari Ulangan 31:8 memberi impak yang besar pada anak-anak ini. Terima kasih Tuhan buat hari yang telah Engkau berikan :)

Wednesday, July 18, 2012

I'm Yours

Thank you Lord. My life is yours. Terima kasih buat kasih setiaMu Tuhan yang sentiasa menjaga, melindungi, dan memenuhi segala keperluanku. Terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang Tuhan temukan dengan saya dan kasih Tuhan telah membawa saya sehingga mampu bertahan sehingga ke saat ini. Thanks Lord, biarlah Engkau, Bapa yang akan sentiasa memimpin dan memberikan ku kekuatan sehingga namaMu dipermuliakan. Amen.

Stop!!!

2012, tujuh bulan dah berlalu. Tinggal 5 bulan lagi untuk tahun ini berlalu. Semuanya terasa begitu cepat berlalu. Hari demi hari tanpa disedari masa begitu cepat berlalu sehinggakan saya sendiri lupa begitu banyak perkara. Thanks God, hampir 2 tahun sudah saya kerja dan ya, masih lagi kuat dan mampu lagi bertahan sehingga ke saat ini. Jujur saya katakan, semuanya daripada Tuhan. Tidak pasti kenapa, tapi saya mengambil waktu yang begitu lama sekali untuk update blog saya. Semakin hari semakin malas pula hendak mengUpdate blog sedangkan hati saya inginnnn sekali berkongsi begitu banyak perkara. Ternyata kali ini saya paksa juga jari-jari saya untuk menaip J

Setelah 3 minggu berturut-turut begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti, akhirnya minggu ini saya agak lapang! Beberapa minggu kebelakangan ini begitu banyak perkara yang berlaku sehinggakan otak saya berfikir dengan begitu aktif sekali, terlalu banyak perkara untuk difikirkan. Berada di tengah2 orang ramai membuatkan saya begitu teliti memerhatikan setiap orang yang berada di sekeliling saya sehinggakan tanpa saya sedari akan automatic membuat persepsi yang begitu teliti mengenai semua orang yang ada di sekeliling saya. Yup! Itulah sebenarnya tujuan saya berada di kalangan orang2 ni. Untuk belajar sesuatu daripada mereka. Baik buruk, semuanya terpampang di depan mata sehinggakan ada kalanya saya akan automatic respond kepada apa yang berlaku di depan saya walaupun saya lebih suka berdiam diri dan menjadi pemerhati sahaja.

Well, apa2 pun yang berlaku, saya pasti semuanya ada sebab tertentu. Mungkin Tuhan ingin saya belajar dari setiap yang saya perhatikan dan memperbaiki diri saya supaya menjadi lebih rendah diri dan lebih peka kepada setiap apa yang berlaku di sekeliling saya. Itulah yang saya pelajari. Adakalanya kita tidak sedar bahawa perkara2 kecil banyak memberikan pengajaran yang besar kepada diri kita, ada kalanya kita tidak mempedulikan langsung apa yang berlaku di sekeliling kita. Tetapi sebenarnya, banyak yang akan kita belajar daripada perkara2 kecil ini bila kita mengambil masa untuk berhenti seketika dan cuba untuk meletakkan diri kita dalam situasi tersebut….

Monday, July 9, 2012

Tabur dan Tuailah...

"Taburlah fikiran, tuailah sebuah kata;
Taburlah sebuah kata, tuailah perbuatan;
Taburlah perbuatan, tuailah prilaku;
Taburlah prilaku; tuailah karakter;
Tburlah KARAKTER, tuailah TAKDIR."

Monday, July 2, 2012

Love...


Goshh..This is my nephew!Really miss this guy! Can't wait to meet him :) Muahhhhhhh for you Boboii (Aunt love ya!) Miss my mom too *giggles*